
Si yayan ni, anak kedua ku, sejak dari aku mengetahui kewujudan beliao, memang aku berazam untuk menjaganya baik2 dalam kandungan, kerana abangnya si danish dulu kan bersalin pramatang...satu pengalaman ngeri yang aku x mahu alami lagi...suda ku rancang dari awal, aku tidak mahu stress2, aku tidak mahu angkat berat dari awal atau akhir, aku check kencing manis di awal pregnancy, dan terbukti mmg sangkut test gula itu..tapi ak sudah bersedia, tidak akan lagi stress kerana gdm ini..dan aku betul2 mengawal porsi makanan mengikut nasihat doktor..gdm ku tidak perlu ubat, cuma kawalan porsi makanan sahaja..bayangkan, dari bulan jun2024 aku da x sentuh dessert2, memang ada teringin tp keinginanku untuk menjaga yayan sebaiknya lebih kuat...maka keinginan itu tenggelam tanpa masalah...cuma itulah, porsi makanan karbohidrat cuma 2 senduk..mana mungkin boleh puas makan..makan sekadar perlu sahaja, xsmpai 2jam, perut da berbunyi minta makanan..."sabarlah wahai perut, kita pastikan adik sihat dan baik2 sahaja dulu sehingga keluar, kemudian bru la kita melantak makan mcm setan ya", pujuk hatiku kepada perut yg memang suda dimanjakan dgn makanan sejak dari azali lagi..
appointment doktor aku turuti dgn bersungguh2, segala supplement klinik kesihatan aku telan dgn harapan, semoga sampailah kandungan ini mencecah 32mggu dan seterusnya...setelah milestone 32mggu tercapai, terasa batu di bahu yg ku tanggung di awal pregnancy seperti hilang...aku gembira kerana yayan berjaya berada di rahim lebih drpd 32 mggu berbanding abgnya dahulu...bukan apa, ada juga sejarah pesakit lain, yang apabila mereka telah beranak tidak cukup bulan, untuk anak seterusnya risiko untuk baby itu pramatang masih ada, syukur sgt yayanku tidak keluar awal seperti abangnya, walaupun masih belum cukup bulan, tapi jika dia terkeluar sekarang pun, insya Allah tidak ada komplikasi berat akan menimpa yayan seperti abangnya dahulu...skrg, aku berdoa agar si yayan kekal dalam kandungan hingga tempoh matang 37mggu pula...
segalanya berjalan lancar, masuk kandunganku yang ke 36mggu, doktor hsb bertanya, "puan, da pilih ke cara nk melahirkan anak nanti?", aku memandang mata doktor dgn tepat, dan dgn yakin nya aku menjawab, "saya nk caeser doktor, dulu abg dia saya emergency caeser, skrg adik dia saya pilih elective caeser. saya pernah ada pengalaman caeser, jadi saya percaya saya mampu menghadapinya sekali lagi". maka doktor pun menerangkan la segala risiko2 untuk beranak normal dan caeser, dan setelah itu, doktor tersebut membuat temujanji untuk elective caeser kan si yayan keluar tepat ketika dia berumur 38mggu iaitu 26/12/2024...
23/12/2024...sedang ku sedap diulit mimpi, tiba2 aku terbangun kerana ingin membuang air besar, suda hampir seminggu aku cirit, direct 3pagi berturut turut ak terbangun untuk membuang air besar..dalam mengandungkan yayan ni, suda 3kali aku keracunan makanan dan masing2 akan ambil masa seminggu untuk betul2 pulih semula, lemah sungguh antibodi seorang wanita mengandung. kalau tidak mengandung, paling teruk keracunan makanan dan cirit ni cuma 3 hari sahaja paling max pun...xapa la, pergi la ak ke tandas utk memerut..tggu 15mnt, xde pun pucuk yg dicita itu mendatang, maka ak give up dan melangkah semula ke katil utk tidur semula...aku suda start bercuti hari ini, so ak bercadang nk bangun lambat malas2 harini sblm kemas2 barang utk ke hospital 25/12/2025 nanti. belum sempat kaki ku melangkah menaiki katil, tiba2 air ketuban ku terus keluar menderu ke lantai memecah keheningan pagi...
aku ingin panik, tetapi aku berhenti sejenap, dan menarik dan menghembus nafas dua tiga kali, "alamak, adik nk keluar da ke?"...perlahan-lahan ak memanggil suamiku,
"bie, bie...bangun"
"mm?"
"air ketuban yunk da keluar"
ZAPPPP!!!! terus si man terduduk tegak sambil terbeliak mata "HAH?"
"air ketuban yunk da keluar ni, kita kena pegi hospital"
maka menggelabah la si man di atas katil, tak ketahuan maw buat apa dlu..ku suruh dia call mak nya yg duduk di seberang jalan utk dtg ke rumah, untuk jaga danish yg masih lena diulit mimpi. aku dan si man pegi ke hospital sg buloh pukul 4pagi, dikala org semua masih lena diulit mimpi.
"pelik, tadi kt rumah x berapa sakit, skrg kt kereta mcm bertambah tambah pulak sakit dia ni...da la sakit tu setiap 4-5minit dtg..ah, ini petanda tidak baik ni, jgn la terberanak dlm kereta pulak" getus hati kecilku....
sesampainya di hospital stelah 40mnt perjalanan, aku terus di check oleh doktor yg bertugas..."u da 7cm puan, kita masuk labour room ya"...gila bapa cepat, baru ja keluar air ketuban kot, da buka 7cm, patut la sakit nye macam shilakak....ak mengerang sensorang kt labour room, mujur ada seorang nurse yg menemani ku dikala ku kesakitan, dia juga la yg mengajar ku cara bernafas dgn betul agar si yayan tidak lemas di dalam kandungan...doktor yg check aku td masuk untuk melihat progess ku, dgn lembut dia bertanya, "puan, dlm appointment u mention nak caeser, tp skrg u da buka 7cm, u nak try beranak normal x?"..dgn pantas memoriku flashback dikala waktu danish nak keluar dlu, dgn contraction yg menggila dek kerana drip induce yg x menjadi, bagaimana para2 nurse me"racing" aku ke operation room, dgn ak menangis2 mcm nk mati, segala selimut bebaju OT semua ku sepak terajang, tatkala jarum epidural dicucuk ke blkg ak masih lg menggeliat seperti cacing kepanasan menahan kesakitan smpai anaesthetist menjerit ketakutan....aku pun menjawab doktor tadi, "ok doktor, boleh try" sebagai persetujuan ku untuk cuba beranak normal...
maka berperang la ak dgn contraction menggila, seluruh tubuh badan ku bergetar menahan kesakitan, tgn kanan dan kiri ku, ku genggam erat kedua dua palang katil...setiap kali contraction itu datang, setiap kali tu juga la ak cuba untuk bertahan...palang katil itu, kalau la diganti dgn tgn si man, pasti suda lebam2 dek kerana genggaman mautku...walaupun suda terbuka jalan 10cm, aku tidak pandai meneran, berkali kali nurse dan doktor kata "jangan angkat punggung puan", bila masanya ak mengangkat punggung, punggung ku terletak elok ja di atas katil itu...tp itulah, tengah sakit, x ada kuasa untuk ak defend punggung ku kepada mereka...sakitnya contraction itu, walaupun aku digunting, terasa seperti digigit semut sahaja, kerana contraction itu lebih sakit...dasat betul, bagaimana seorg wanita boleh melalui kesakitan yg sebegini....
degupan jantung si yayan mulai tidak cantik...walaupun nurse mengajarku cara meneran, ak tidak dapat melakukan nya dgn baik, doktor td telah mula menelefon operation room in case aku perlu masuk ke emegency caeser, doktor kedua memaklumkan kpdku, "puan, jantung anak u suda x cantik, kita akan vacuum ya" ak cuma mengiya iyakan sahaja...tolongla Tuhan, keluarkan lah anak ku dgn baik, tidak kisah dgn apa cara sekalipun asalkan dirinya dan diriku selamat...tatkala kepala si yayan divacuum keluar, aku merasakan satu kelegaan yang sangat dalam, dgn tiba2 tiada lagi rasa contraction yg menyakitkan itu..seraya itu, pantas si yayan dgn bunjut2 dikepalanya, dgn darah2 nya diletak atas bdnku..ku dengar suara tangisan nya kali ini, merdu sungguh ku rasakan...alhamdulillah syukur ya Allah, apa yg ak tidak dapat lalui semasa melahirkan danish dahulu, dapat ku rasai ketika melahirkan adiknya pula...
seketika segalanya mulai beransur tenang, ak menyandarkan kepala ku ke katil, sambil2 doktor menjahit luka guntingan episiotomi dan membebel bebel kegembiraan, si yayan dibawa pergi utk diperiksa oleh doktor paed, aku berfikir sejenak, betapa indahnya aturan Tuhan untuk ku... 3.30 pagi air ketuban keluar, danish masih lena tidar, kebetulan ada neneknya tinggal sebelah rumah yg boleh menjaganya tiba2, 4am ku dan si man on the way kehospital dikala org masih ketiduran, bayangkan sekiranya suda pukul 6, jalan ke hsb pasti jem dgn kereta2 yg ingin pergi kerja, bayangkan juga sekiranya si man da keluar untuk pegi kerja, jika aku tiba2 terkeluar air ketuban, siapa yg boleh membawa aku ke hospital?...aku rasa aku suda merancang elok, ingin dicaeser kerana yakin dgn pengalaman ku sendiri, rupa2 nya Tuhan ada rancangan lain utk ku, rancangan yg lagi baik dan Dia telah atur segalanya dgn cantik, aku cuma perlu menempuhinya dgn berani sahaja...diketika itu la, aku rasa aku telah ditampar Tuhan...terima kasih ya Allah atas nikmat mu ini, akan ku ingat sampai bila2...
begitu lah perjalanan nya nk keluarkan si yayan, awal dia nk keluar, nk keluar sendiri x mahu melalui tingkap...babat badannya 3.40kg, cukup makan dia walaupun ak diet sungguh2 semasa mengandung...semoga si yayan sentiasa sihat walafiat dan semoga aku dan si man berjaga menjaya amanah2 kami ini dengan baik dan bertanggungjawab...