Tuesday, January 17, 2012

sepanjang aku dilanda ombak tsunami

saban hari usia tua ku kini ditemani dengan cabaran-cabaran yang sungguh menduga kesabaran...tidak dapat  ku menjangkakan bahawa kehidupan sempoi ku akan bertukar dalam sekelip mata...adakah kerana masa itu pembunuh dalam senyap? ya, aku rasa macam itu...setiap saat yang ku lalui sekarang mesti akan ada duka dan bahagianya...dan yang paling membencikan adalah setiap kebahagiaan itu pasti akan terselit kedukaan...tatkala ku ingin bergembira dengan berita yang mengalpakan, lantas dunia ku tunggang terbalik dek badai angin derita...jadi, segala macam kegembiraan yang mampu mengubat jiwa itu hanya lah sia-sia belaka...

hairan...begini kah manusia akan diduga sehingga ke akhir hayat mereka? tidak adakah ruang untuk kita meraikan kemeriahan suasana gelak tawa tanpa ditemani air mata luka? jikalau begini, aku lebih rela sekiranya tiada kabar gembira dan juga tiada kabar derita...biar lah kehidupan ku suram tanpa rama-rama dan kupu-kupu yang menemani...permainan perasaan yang ku lalui ini rasa sungguh menekan jiwa ku yang semakin hari semakin merosot kestabilan nya...

permulaan nya adalah minggu exam...dan selalu nya ku memang xpernah tension (tipu) kalau exam sebab aku sedar yang aku ni pemalas tahap piang....akan tetapi, minggu exam yang menduga kesabaran ku turut ditemani dengan ketiadaan bekalan air yang sangat teruk melibatkan seluruh UKM....aku seorang yang berbintang aquarius (tiada kaitan pown) dan aku memerlukan air yang banyak setiap hari sebagai keperluan hidupku...bagi ku air adalah nyawa utama (tipu) untuk ku terus bernafas di bumi yang segar dan hampir musnah ini....penangan bekalan air putus cukup untuk membuatku gila akibat tekanan perasaan...kemudiaan disusuli pula dengan pencemaran bunyi saban hari oleh pacik2 yang terlebih rajin...ingin ku lontar segala cacian tapi aku tawu itu suma adalah tak rasional kerana mereka hanya menjalankan kerja mereka dengan amanah...walaupun tidur nyenyak ku setiap hari terganggu, aku terpaksa merelakan sahaja...dan oleh sebab aku terpaksa (mksd aku btol2 TERPAKSA) merelakan penderaan gegendang telinga tersebut, aku bangun setiap hari dengan perasaan ingin menumbuk muka seseorang...malangnya tiada siapa pun yang sudi memberikan muka mereka sebagai punchbag...

dan kemudiannya, aku telah diprovoke oleh seseorang yang bergelar kakak kepada kawan ku sendiri...tatkala mentalku memang ketandusan kasih sayang, perkara terakhir yang aku mahukan memanglah seseorang untuk bergaduh dengan aku, walaupun secara maya, aku rasa memang darah aku membuak-buak mencapai takat didih yang maksimum untuk menjadi keyboard warrior dan mencari fasal dengan seseorang supaya boleh melepaskan tekanan yang memuncak...tapi haish tu la kan, mulut ku memang celupar sebab tanya kat kawan aku nie pasal kakak dier yang sengal...last skali, kawan aku delete lak post dier tue...xsempat aku nak gado T__T 

tak cukup dengan itu, mentalku diuji lagi dengan surat cinta daripada pejabat yang menyatakan aku lah the chosen one untuk berpindah ke kolej rahim kajai...bayangkan betapa susah nya aku meng'abdi'kan diri aku kepada kolej, last-last diorang boleh jugak tendang aku...aku merasa sungguh sedih dan rasa dikhianati...segala perngorbanan masa, tenaga, wang ringgit, mental, dan fizikal aku rupa-rupanya aku curahkan kepada sesuatu yang tak berguna...tolongla, mental ku sangat teruk keadaan nya sekarang ini, ditambah dgn krisis air yang tak pasti akan berterusan dan juga final exam yang cam jamban, aku betul -betul memerlukan ruang untuk mindaku bernafas dengan tenang....dugaan2, mengapakah engkau datang secara bertimpa-timpa? adakah kerana selama ini aku terlalu relax, maka kau ingin menguji ku dengan dugaan yang sungguh memenatkan ini?

dan kemudiannya, tragedi terhadap encik ashaari juga turut berlaku...dan aku turut merasa tempias nya kerana kami kan sehati sejiwa (muahahahahahah ayat cam syial!) anak kucen comel yang baru berusia setahun jagung beliao telah pun kembali ke rahmatullah...dan beliao sangat sedih...aku turut bersedih dengan kehilangan beliao, tetapi aku tak tahu macam mana aku mampu menzahirkan rasa sedih tersebut...selepas kehilangan anak kucing comel bernama aiko itu, encik ashaari pun turut sama kehilangan henset yang baru je beliao repair..hal ini adalah kerana tidak melebihi 15 patah perkataan....henset tak patut diletak di dalam poket sweater sekiranya anda ingin menunggang motosikal ye kawan-kawan....beliao mendapat pengajaran yang sungguh 'keras' tapi aku yakin pasni beliao akan belajar kesilapan beliao....

dan setelah perit mental ku menanggung beban dunia yang terlalu besar, mental ku pun secara paksa rela memikirkan solusi terbaik untuk keluar daripada kemelut perasaan yang melanda ini...dengan merelakan hati ku sendiri pergi ke rahim kajai, beban tekanan yang ditanggung encik mental dapat dikurangkan sedikit...masih terngiang-ngiang di telinga ku tatkala encik mental membisikkan kata-kata syahdu serta sokongan padu dan segala bagai janji-janji positif beliao kepada hati ku yang sedang bersedih ini...beliao menyatakan bahawa perpindahan itu mungkin jalan terbaik, dan pasti akan ada hikmah di sebalik semua ini..akhirnya hati termakan pujukan mental dan rela dengan nasib diri ini yang berada di tangan si pengadil yang tak berapa adil...lagipun, dengan taik yang terapung merata-rata di kamar mandi blok ku ini, ku kira penghijrahan sesuatu yang positif...tp ye la kan, aku sebenarnya secara diam masih mengharapkan sinar bahagia daripada pejabat kolej jugak...

dan akhirnya, setelah usaha yang aku curahkan untuk mendapatkan perhatian daripada pejabat kolej, aku disahkan tidak perlu berpindah (HOORAY!!!) hehehe aku sangat gembira apabila menerima berita tersebut...rasa ingin melompat cam katak pun ada...dan tatkala aku menerima berita gembira ini, sekali lagi kedukaan melanda...aku dan encik ashaari berada di dalam konflik yang sangat besar...besar sangat-sangat sampai hati ku mula untuk mengecut kembali...kabar berita yang baru sahaja diterima beberapa minit lalu terus  pudar warnanya...

aku rasa kami masing-masing ego...ego yang memang telah pun memuncak ke tahap yang sangat maksima...masing-masing tidak mahu mengalah...aku dengan pendirian ku, dia tegas dengan keputusannya...salah kah sekiranya aku meminta perhatian di kala aku memerlukan teman untuk berbicara? adakah aku terlalu melampau...? adakah aku terlalu membebankan dia dengan permintaan ku ini? adakah aku patut memendam perasaan sahaja apabila tidak diendahkan? kemudian, apakah tindakan aku kurang rasional apabila aku menolak permintaan nya untuk bercerita kembali segala peristiwa yang ingin ku ceritakan hanya kerana keinginan untuk bercerita tersebut telah hilang ditelan masa? patut kah dia tidak ingin berbicara samaku hanya kerana aku tiada kata-kata untuk diluahkan di saat dia ada? 

entah...aku tiada jawapan bagi segala persoalan tersebut...dan aku serious cakap sangat penat dengan permainan takdir yang sekejap-sekejap bagi aku mentari, sejurus kemudian mentari tersebut hilang entah ke mana dan diganti dengan awan mendung yang berarak....berlalu atau bertahan pun aku dah tak endah...cukup penat mental dan hatiku dipermain-mainkan sepanjang 3 minggu ini...beri lah masa untuk aku mengubati mereka...dan aku harap apabila segala luka lama telah terubat, mereka akan menjadi lebih kuat dan tabah untuk menempuh hari-hari yang mendatang yang pasti nya akan penuh dengan dugaan dan cabaran yang menguji kesabaran...tak sabar untuk balik rumah...semoga segala duka yang tersimpan selama ini akan hilang ditelan kemesraan anak2 bulus yang comel2 belaka....

3 comments:

KG said...

dugaan akan mematangkan kita...
aku pun skrg nie da smkin npak kematangan ang dlm mengharungi hidup yg penuh pancaroba nie..
dan dlm 1 1 perhubungan jgn masing2 ego dan pentingkan diri.. nti akan mwerugikan diri sendiri (cewah)
sekian

leeloo3173 said...

hehehehehek....
akhirnya ko pown mengaku yg aku mature wahahahaha
cess...aku xmo jadi dewasa!
aku nk jadi budak2 cam peter pan!!! T___T
huhuhuk...ego aku mmg tinggi, azam pown tinggi gak, semangat study pown tinggi gak...tp tu la kn, diorg tinggi mana pun, cepat jew ilang T__T

KG said...

jgn tinggi sgt ego tue.. sedang2 suda.. nti nyesal xguna.. huhu